top of page
Nabihan Anazim

SILAT SARAWAK MAHU GUNA KELEBIHAN DI LAMAN SENDIRI

23 FEBRUARI 2023

Rakan-rakan media yang dihormati,


Bagi pihak Rumpun Silat Sarawak, berikut disertakan siaran akhbar berkenaan dengan saingan Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 yang bakal dilangsungkan pada 27 Februari hingga 5 Mac 2023 di Stadium Tertutup Kuching, Sarawak. KEM SILAT SARAWAK MAHU GUNA KELEBIHAN DI LAMAN SENDIRI Persiapan penganjuran juga giat dijalankan KUCHING (23 FEBRUARI): Menjelang saingan Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 (SPICS) yang akan membuka tirai pada 27 Februari, kem silat Sarawak mahu menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk melakar beberapa kejutan pada saingan yang bakal berlangsung selama tujuh hari di Stadium Tertutup Kuching. Kejuaraan edisi sulung yang dianjurkan oleh Rumpun Silat Sarawak itu bakal menghimpunkan sejumlah 21 kontinjen dalam dan luar negara sekaligus akan menjadikan ia sebagai pertandingan yang dinanti-nantikan oleh para pencinta sukan silat khususnya di Bumi Kenyalang.


KAPSYEN GAMBAR:



IMG 1 & 2: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, YB Dato Sri Haji Abd Karim Rahman Hamzah (Tengah) memberikan jaminan bahawa Sarawak sudah bersedia untuk menganjurkan kejuaraan berprestij tinggi melibatkan kontinjen dari luar negara.



IMG 3: Kem silat Sarawak bersedia menggegarkan Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 selepas mendapat suntikan semangat di Majlis Penyerahan Bendera Sarawak pada sidang media yang dipengerusikan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, YB Dato Sri Haji Abd Karim Rahman Hamzah.

Sokongan dan kerjasama rakan-rakan media untuk menyiarkan siaran akhbar ini amat dihargai.

Sekian, Terima Kasih.

Commentaires


Search by Tags

Recent post

5cb2485b-406b-46e9-9ada-09ee3b81347e_edited.jpg
  • Instagram
  • Flickr Social Icon
  • Facebook Social Icon
  • YouTube
  • Twitter Social Icon
bottom of page