top of page

SENA BANGKOK BC SEDIA LAKAR KEJUTAN PADA SENHENG REDONE PURPLE LEAGUE PROFESIONAL 2022

CSN Sportstalk

KUALA LUMPUR (30 SEPTEMBER 2022): Kelab Badminton Sena Bangkok tidak mahu dilabel sebagai pelengkap kumpulan pada kejohanan SENHENG redONE Purple League Profesional musim ini yang bakal bermula pada esok di Stadium Malawati, Shah Alam. Pasukan dari negeri Gajah Putih itu berhasrat untuk mencipta kejutan meskipun tidak dibarisi oleh pemain handalan dunia.

Menurut pemain merangkap pengurus pasukan, Peereya Munkitamorn yang juga pemenang pingat perak beregu wanita pada Sukan Asia Guangzhou 2010, pasukannya kini berada pada tahap terbaik untuk melakar sejarah pada penampilan pertama mereka di kejohanan edisi kali ini.

"Para pemain telah menjalani persiapan yang rapi dan tidak sabar untuk turun beraksi pada pentas berprestij ini. Kami menyasarkan untuk mara ke peringkat separuh akhir. Kami tidak mahu sekadar menjadi pelengkap pasukan dan bersedia memberi tentangan sengit kepada Puchong United BC (PUBC) dan Ho Chi Minh City BC.”

Comments


Search by Tags

Recent post

5cb2485b-406b-46e9-9ada-09ee3b81347e_edited.jpg
  • Instagram
  • Flickr Social Icon
  • Facebook Social Icon
  • YouTube
  • Twitter Social Icon
bottom of page