top of page

Sejarah Tercipta Buat Football Association of Sarawak (FAS)


SIARAN MEDIA

Hari ini buat pertama kalinya dalam sejarah, Football Association of Sarawak (FAS) dengan kerjasama Football Association of Malaysia (FAM) dan Sarawak Sports Corporation (SSC) akan mengadakan Kursus Kejurulatihan AFC/FAM Diploma 'A' di bumi Sarawak. Kursus yang bermula dari 18 September sehingga 6 Oktober 2023 akan dikendalikan oleh 'Head Educator' Coach Lim Kim Choon yang merupakan Ketua Unit Pendidikan Kejurulatihan FAM sambil dibantu oleh 'Assistant Educator' Coach Wan Jamak Bin Wan Hassan.


CEO SSC bergambar bersama Naib Presiden FAS, Setiausaha Agung FAS dan para peserta Kursus

Majlis pembukaan kursus tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SSC, Tuan Awang Putrayusrie Awang Redzuan. Turut hadir sama ialah Naib Presiden FAS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal FAS, Encik Nichol Agoi dan Setiausaha Agung FAS, Encik Paza Bin Haji Dan.


Gambar Berkumpulan

Sekalung penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan buat YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian Sarawak dan Menteri Belia dan Sukan Sarawak yang telah memberi sokongan penuh beliau terhadap menjayakan program ini.


Serahan baju untuk peserta Kursus

Setakat ini, FAS telah berjaya melaksanakan beberapa program dan aktiviti pendidikan selaras dengan tuntutan Visi 10:32 yang telah dilancarkan oleh FAS pada awal tahun ini. Antara yang telah selesai dijalankan adalah:-

1. 1-6 Febuari 2023: Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Lesen 'D' FAS/FAM di Miri (40 Peserta)

2. 5-10 Mac 2023: Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Lesen 'D' FAS/FAM di Mukah (19 Peserta)

3. 22-27 Mei 2023: Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Lesen 'D' FAS/FAM di Limbang (23 Peserta)

4. 12-17 Jun 2023: Kursus Jurulatih Futsal Tahap 1 AFC di Bintulu (17 Peserta)

5. 1-6 Ogos 2023: Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Lesen 'D' FAS/FAM di Bintangor (20 Peserta)

6. 21-25 Ogos 2023: Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Lesen 'D' FAS/FAM di Miri (21 Peserta)


Gambar Ihsan FAS

Search by Tags

Recent post

5cb2485b-406b-46e9-9ada-09ee3b81347e_edited.jpg
  • Instagram
  • Flickr Social Icon
  • Facebook Social Icon
  • YouTube
  • Twitter Social Icon
bottom of page