top of page

PERSEDIAN SKUAD BAWAH 23 PIMPINAN ELAVARASAN

Kehadiran Piala MFL yang bermula pada 2 Mac ini akan memberikan lebih banyak pilihan buat ketua jurulatih Bawah 23 negara, E. Elavarasan dalam mencari kesebelasan terbaik bagi memikul cabaran negara terutama di pentas Sukan SEA 2023.


Menurutnya, Piala MFL ini juga akan menjadi platform terbaik kepada pemain-pemain muda bagi memperagakan bakat mereka sekali gus mengekalkan kecergasan mereka di tahap kompetitif untuk sepanjang musim.

“Memang satu situasi berbeza kerana sebelum ini saya hanya memantau perkembangan pemain dalam skuad utama dan kali ini kita sudah ada Piala MFL.


“Kejohanan Sukan SEA merupakan tugasan pertama saya bersama pasukan dan sudah tentu, saya mengharapkan mampu mendapatkan pemain yang terbaik.


“Jadi dengan adanya Piala MFL, saya rasa boleh mencungkil pemain-pemain baharu untuk pasukan selain boleh mendapatkan minit permainan yang lebih banyak jika dibandingkan dengan Liga Super.

“Kehadiran pemain-pemain import mungkin boleh dijadikan panduan kepada pemain-pemain muda ini terutama kepada mereka yang masih baharu dengan suasana pertandingan seperti ini,” katanya.


Beliau ditemui selepas majlis undian Piala MFL pada Rabu yang melibatkan 15 pasukan termasuk Skuad Projek FAM-MSN dengan saingan akan dipecahkan kepada dua kumpulan.


Berita pautan: https://www.malaysianfootballleague.com/articles/banyak-pilihan-buat-skuad-bawah-23/

Comments


Search by Tags

Recent post

5cb2485b-406b-46e9-9ada-09ee3b81347e_edited.jpg
  • Instagram
  • Flickr Social Icon
  • Facebook Social Icon
  • YouTube
  • Twitter Social Icon
bottom of page