top of page
Nabihan Anazim

PENAJA EKSKLUSIF HIPERMARKET AEONBiG BEKERJASAMA DENGAN MALAYSIAN FOOTBALL LEAGUE

22 Februari 2023




Kuala Lumpur,AEON BiG (M) Sdn Bhd telah mengumumkan

perjanjian dengan Malaysian Football League (MFL) sebagai penaja eksklusif

Hipermarket untuk musim 2023. Kerjasama ini menyatukan sebuah hipermarket

terkemuka di Malaysia dan sukan yang paling popular di negara ini, bersama MFL

yang mengendalikan Liga Malaysia seperti Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Penglibatan AEON BiG di dalam bidang sukan ini bertujuan untuk mempromosikan

sukan tempatan dan membina hubungan yang lebih kukuh di dalam komuniti. Melalui

falsafah untuk menawarkan "pilihan besar dengan nilai yang hebat" kepada

pelanggan, penajaan ini adalah salah satu bukti usaha berterusan AEON BiG untuk

menyokong aktiviti sukan di Malaysia sambil menyediakan tawaran baru dalam

hipermarketnya melalui kerjasama dengan rakan kongsi seperti MFL.



Majlis pelancaran telah diadakan di AEON BiG Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan

dirasmikan oleh Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON BiG dan

Stuart Ramalingam, CEO MFL.

"AEON BiG amat bersyukur kerana mendapat peluang untuk menjalin kerjasama

dengan MFL, sebuah organisasi terkemuka yang mengendalikan sukan yang paling

popular di negara ini. Melalui penajaan ini, kami ingin berada lebih dekat dengan

pelanggan kami melalui sukan bola sepak, kerana tiada apa yang dapat menyatukan

rakyat lebih baik daripada sukan. Kami juga akan membawa tawaran eksklusif,

promosi dan pengalaman baru untuk pelanggan kami melalui kerjasama baru ini," kata

Sheikh Farouk.

"AEON BiG bercita-cita untuk menjadi lebih daripada sebuah hipermarket dan kami

percaya bahawa penglibatan aktif kami dalam sukan dapat memainkan peranan

penting dalam mempertingkatkan gaya hidup ekosistem kami sambil membasmi

gejala sosial seperti diskriminasi, isolasi, dan lain-lain. Kami berdedikasi untuk

mendekatkan diri kami dengan masyarakat dan memperkuatkan hubungan dengan

ekosistem kami yang berbilang kaum dan agama melalui pelbagai inisiatif, termasuk

sukan," tambahnya.




Pada tahun lalu, AEON BiG bersama pengilang air mineral teroksigen Malaysia

pertama, Bubbles02 Sdn Bhd menandatangani perjanjian untuk menaja Liga Baseball

Nasional 2023 (National Baseball League 2023) yang pertama, yang akan dianjurkan

oleh Persatuan Bola Baseball Malaysia (BFM). Liga tersebut dijangka akan bermula

tahun ini. AEON BiG juga telah bekerjasama dengan kelab bola sepak komunitI

tempatan, Setiawangsa Rangers Football Club yang yang kini sedang bersaing dalam

beberapa pertandingan bola sepak amatur dan junior.



MFL amat berbesar hati untuk kerjasama AEON BiG sebagai Penaja Eksklusif

Hipermarket untuk Liga Malaysia 2023. Liga ini berdedikasi untuk mempromosikan

dan membangunkan Liga Malaysia, dan perkongsian ini akan membolehkan mereka

menjangkau penonton yang lebih luas dan menyediakan lebih banyak peluang yang

menarik kepada pemain, penyokong dan komuniti.

Bagi Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, kehadiran AEON BiG memberi signal

cukup baik buat Liga Malaysia yang mengorak langkah musim ini dengan beberapa

pembaharuan demi memastikan kualiti dapat ditingkatkan dari segi pertandingan dan

komersial.

“MFL dan juga Rakan Kongsi Liga mengambil keputusan besar untuk melakukan

penstrukturan semula Liga Malaysia dan antara fokus utama adalah untuk

meningkatkan lagi profil Liga Malaysia.

“Bola sepak adalah sukan nombor satu di negara ini dan juga satu industri sukan yang

besar jadi kami memerlukan sokongan dan penglibatan syarikat-syarikat korporat

untuk melonjakkan lagi industri ini justeru saya amat mengalu-alukan sokongan AEON

BiG terhadap Liga Malaysia,” katanya.




Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam melahirkan rasa

bangga apabila syarikat pasar raya besar terkemuka Malaysia seperti AEON BiG yang

berkongsi misi yang sama untuk memperluaskan lagi rangkaian promosi dua hala

antara AEON BiG dan juga liga bola sepak tempatan.

“Kita sedia maklum AEON BiG adalah satu jenama besar yang cukup dekat di

kalangan komuniti negara ini. Sepertimana kita lihat dedikasi dan keazaman yang

ditunjukan pemain-pemain di atas padang, begitu jugalah yang kita akan lihat

semangat daripada AEON BiG untuk menyuntik lagi nilai komersial yang lebih tinggi

dalam Liga Malaysia.

“Jadi, saya berharap dengan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan oleh AEON BiG

bersama MFL dapat merapatkan lagi hubungan antara penyokong-penyokong

sepanjang musim ini”, katanya.




Comments


Search by Tags

Recent post

5cb2485b-406b-46e9-9ada-09ee3b81347e_edited.jpg
  • Instagram
  • Flickr Social Icon
  • Facebook Social Icon
  • YouTube
  • Twitter Social Icon
bottom of page