KEJUARAAN SILAT PREMIER ANTARABANGSA SARAWAK BUKA GELANGGANG
28 FEBRUARY 2023
KEJUARAAN SILAT PREMIER ANTARABANGSA SARAWAK BUKA GELANGGANG
21 kontinjen merebut hadiah lumayan kejuaraan
KUCHING (28 FEBRUARI): Para pesilat yang mewarnai kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 yang membuka gelanggang di Stadium Perpaduan di Petra Jaya hari ini masih belum memperlihatkan taring mereka yang sebenarnya.
Sebahagian besar memilih untuk tampil dengan aksi yang berhati-hati dan selamat bagi memastikan perjuangan mereka tidak terhenti di peringkat kelayakan.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Turut disertakan adalah gambar dan kapsyen beserta video rangkuman aksi hari pertama kejuaraan untuk kegunaan rakan-rakan media
KAPSYEN GAMBAR
IMG 1: Pornteb Pholkaew (Kanan) yang mengintai peluang untuk beraksi di Sukan SEA Kemboja pada Mei nanti, meraih kemenangan mudah 41-35 ke atas pesilat dari Singapura, Raja Zulfadli Raja Mahmood.
IMG 2: Atlet Malaysia, Muhammad Raden Sabry Mohd Insan (Kanan) pula mencatat nama selaku pemenang apabila melakar kemenangan mudah 20-9 ke atas wakil Polis Diraja Malaysia, Zainal Rasid.
IMG 3: Pesilat tuan rumah (Sarawak), Mohd Naseem Razali (Kanan) menewaskan pesilat dari Amerika Syarikat, Ammar Aftab yang mempamerkan aksi yang memukau penonton.
IMG 4: Seorang lagi pesilat tuan rumah, Mohd. Ashraf Amirul Razaman (Kanan) turut memulakan rentak bergaya apabila menang 38-16 ke atas Muhammad Hakim Mohd Ariff dari Melaka.
Comments