Kedah FC mendominasi pertembungan dua gergasi utara di Stadium Ipoh
Pertembungan dua gergasi utara Perak FC dan Kedah FC di perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Perak berkesudahan dengan keputusan Perak FC 1-4 Kedah FC.
Dihadapan kehadiran 15,106 penonton, tuan rumah bermula garang apabila Muhammad Ikwan Hafizo membuka jaringan pada minit ke-3 perlawanan, sekaligus membakar semangat Perak FC pada malam ini.
Kedah FC kembali mengatur serangan menerusi kapten pasukan, Manuel Gelito Ott dan penyerang sensasi mereka Willian Lira Sousa. Usaha mereka berhasil apabila pemain berjersi nombor-10, Tuck Lee Andrew berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-16 hasil gerakan satu-dua Mohammad Fayadh dan Manuel Gelito Ott.
Keadaan tegang bermula dengan perselisihan pemain penyerang Kedah FC, Willian Lira Sousa dan pemain pertahanan Perak FC, Ahmad Haziq Ahmad Puad. Kedua-dua pemain dilayankan kuning pada minit ke-18.
Minit ke-34, Perak FC terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah Ahmad Haziq Ahmad Fuad dilayangkan kad kuning kedua dan kad merah kerana mengasari Amirbek Juraboev.
Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan seri 1-1 selepas 3 minit masa tambahan diberikan.
Keputusan separuh masa, Perak FC 1-1 Kedah FC.
Tempo perlawanan bermula laju di separuh masa kedua dengan kedua-dua pasukan berusaha mencari gol kedua. Pasukan tuan rumah melakukan beberapa percubaan menarik di dalam kawasan petak D pasukan Kedah FC pada minit ke-57 dan 61 masing-masing hasil gerakan penyerang import mereka, Seo Seonung dan Muhammad Hadi Fayyadh.
Minit ke-64, Kedah FC mendahului perlawanan dengan jaringan kedua menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Willian Lira Sousa.
Mimpi buruk Perak FC bermula pada minit ke-79 setelah pemain berjersi no.2, Sunday Kolawole Afolabi dilayangkan kad merah kedua perlawanan selepas membuat terjahan keras kepada pemain Kedah FC, Manuel Federico Hidalgo Gasparini. Perak FC terpaksa bermain dengan 9 pemain untuk baki 20 minit perlawanan seterusnya.
Kelebihan tersebut dimanfaatkan sebaiknya boleh pasukan Kedah FC dengan menjaringkan 2 lagi gol masing-masing menerusi Muhammad Arif Farhan pada minit ke-83 dan pemain gantian, Jonathan Boareto Dos Reis pada minit ke-93 masa tambahan.
Keputusan penuh, Perak FC 1-4 Kedah FC.
Reporter : Mohd Adlan Zulkafeli
Jurugambmar : Idzwan Mohamad Selamat
Gambar lanjut boleh layari link dibawah
https://www.flickr.com/photos/csnsportstalk/albums/72177720306280697
Comments