top of page
CSN Sportstalk

GEGARAN THE BOS GAURUS MELEMASKAN SANG KENARI







3 Ogos 2023- Pengurus Perak FC, Yusri Che Lah membuat percaturan terkuat dengan menurunkan 5 pemain import pasukan tuan rumah untuk menghadapi pasukan Sang Kenari di Ipoh pada hari ini.


Namun pasukan pelawat tidak menunggu lama untuk mendapatkan rentak permainan apabila Kapten Pasukan mereka, Manuel Gelito Ott menjaringkan gol pertama Kedah di minit pertama perlawanan dengan tandukan bebas hasil umpanan sepakan sudut daripada pemain berjersi No.21, Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin.



Minit ke-14, penyerang import Perak, Seo Seonung cuba memanfaatkan keadaan kucar kacir di dalam petak D Kedah dengan melakukan percubaan merbahaya namun berjaya diselamatkan penjaga gol Kedah.


Tuan rumah terus memberikan tekanan menerusi kapten mereka, Luciano Guaycochea yang berjaya membuat rembatan jarak jauh lalu menggegarkan palang gol lawan pada mnit ke-23.


Pemain import Kedah berjersi No-88, Manuel Faderico Hidalgo Gasparini hampir berjaya mendapatkan gol kedua pasukannya pada minit ke-42 perlawanan namun sepakan volley beliau sedikit melewati palang gol pasukan tuan tumah.




Permainan bertempo tinggi disajikan kedua-dua pasukan namun tiada pertambahan gol sehingga tamat separuh masa pertama.


Keputusan separuh masa pertama: Perak FC 0-1 Kedah FC.


Pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan di awal separuh masa pertama selepas kapten pasukan mereka, Luciano Guaycochea menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan oleh Bojan Ciger yang cuba membuang bola menerusi tandukan rendah namun terkena tangan beliau.





Minit ke-52, Luka Milunovic hampir memberikan gol pendahuluan untuk Perak selepas rambatan deras beliau betul tepat ke panjaga gol Kedah.


Gol kedua untuk Perak terhasil pada minit ke-54 menerusi sepakan leret Luka Milunovic hasil gerakan kemas dan umpanan Muhammad Firdaus Saiyadi di sisi kiri gawang gol Kedah.



Perlawanan terhenti seketika pada minit ke-61 apabila pemain berjersi No.3 Kedah, Rodney Celvin Akwensivie dilayangkan kad merah kerana mencederakan penyerang Perak, Seo Seonung semasa perebutan bola.



Pemain muda Perak yang baru dibawa masuk, Muhammad Hakimi Mat Isa menyumbangkan gol ketiga untuk Perak menerusi larian kemas beliau yang melepasi perangkap offside pertahanan Kedah. Pujian juga harus diberikan kepada Luciano Guaycochea yang melorongkan bola tepat ke kaki Hamiki untuk gerakan gol tersebut.


Tamat perlawanan dengan keputusan Perak FC 3-1 Kedah FC. Perak membawa bekalan selesa ke perlawanan timbal balik di Kedah pada 18 Ogos 2023 nanti.




Comments


Search by Tags

Recent post

5cb2485b-406b-46e9-9ada-09ee3b81347e_edited.jpg
  • Instagram
  • Flickr Social Icon
  • Facebook Social Icon
  • YouTube
  • Twitter Social Icon
bottom of page