top of page

Dominasi Selangor FC di Stadium Perak






Selangor FC membawa pulang 3 mata penuh selepas menumpaskan Perak FC di Stadium Perak dengan jaringan 4 gol tanpa balas.


Mendominasi separuh masa pertama, pasukan pelawat membuka jaringan pada minit ke-40 menerusi penyerang import mereka, Ayron Del Valle Rodriguez yang memanfaatkan sepenuhnya sepakan percuma di luar petak penalti Perak FC.




Gol kedua Selangor FC dijaringkan oleh pemain sensasi mereka, Mohamad Faisal Abdul Halim pada minit ke-45 selepas berjaya melepasi perangkap offside pasukan Perak FC. Tolakan mudah beliau melepasi jangkauan penjaga gawang tuan rumah, Shaheewaran Thavakumar.



HT: Perak FC 0-2 Selangor FC


Tuan rumah bermula garang di separuh masa kedua dengan dua percubaan merbahaya di minit ke-47 dan 49 masing-masing menerusi percubaan Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak dan rembatan padu Raja Imran Shah.




Namun Selangor FC segera memadam dominasi tersebut dengan jaringan ke-3 yang dijaringkan ketua pasukan mereka, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi yang melakukan rembatan di dalam petak D pasukan Perak FC selepas menerima umpanan cantik Faisal Halim.


Tidak cukup dengan itu, penyerang import Selangor FC berjersi no.70, Ayron Del Valle Rodriguez menanduk bola masuk ke gawang gol Perak FC pada untuk gol kedua peribadi beliau dan gol ke-4 untuk Selangor FC.



Perak FC cuba untuk merapatkan jurang gol menerusi jaringan Sunday Kolawole Afolabi pada minit ke-81 namun ianya dibatalkan kerana kedudukan offside.


Keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.


FT: Perak FC 0-4 Selangor FC.

Search by Tags

Recent post

5cb2485b-406b-46e9-9ada-09ee3b81347e_edited.jpg
  • Instagram
  • Flickr Social Icon
  • Facebook Social Icon
  • YouTube
  • Twitter Social Icon
bottom of page